Facebook Badge

12/31/2012

Katak dalam gelas kaca

Ramai yang berkata-kata, tetapi macam katak, kosong belaka, katak menjerit-jerit memanggil hujan, sedangkan itu bukan dalam kekuasaan mereka, mereka tahu itu bukan hak mereka, mereka tertipu dengan diri mereka sendiri, mereka bukan katak biasa ,mereka katak dalam gelas kaca

Katak dalam gelas kaca,nampak semua terlanjang tetapi tidak mahu mengakui apa yang dilihat sebagai sesuatu yang benar, mereka anggap itu illusi, mereka tak mahu percaya apa-apa melainkan apa yang mereka mahu percaya, bukankan ini selalu ada sekeliling kamu

Mereka yang ada mata tetapi melihat dengan nafsu sahaja, melihat benda yang jauh di seberang laut, walau sebesar bakteria nampak jelas, tanpa perlu guna kanta pembesar mahupun stestoskop, apa yang ada depan mata tidak diendahkan, mereka buta dalam celik,

Mimpi orang sebegini memang mudah untuk dimaklumi namun susah juga kalau hendak ditafsir, entah kemana kita akan dibawa dengan mimpi-mimpi mereka, macam lagu hindustan, berlarian ke taman bunga lari lagi ke gunung, kadang-kadang depan berdiri didepan kepala keretapi, namun akhirnya mereka hanya mahukan perhatian kepada diri mereka ,segala susah payah ini hanya inti kelapa dalam roti

Sajak dibawah akan menjadi antara lagu yang termuat dalam album terbaru saya, kalau kamu tersinggung dengan sajak ini, kamu katak


Katak dalam gelas kaca

Katak dalam kata-kata
Tak melihat dengan mata
Walau jelas depan mata
Dia masih tak percaya

Mata hatinya juga buta
Gelap tersangat gelita
Sering meraba-raba
Mencari punca cahaya
Yang hanya ada dalam mimpinya

Mimpinya terlalu mudah
Bikin orang ketawa
Katanya hujan tak berdaya
Dan mentari takut padanya
dengan sumbang suaranya
Hujan turut perintah

Menyanyilah katak bawah gelas kaca
Menyanyi irama hujan dengan gendang perang
Yang mengelembung itu
Perutnya yang selalu lapar perhatian


Airmas SZ
261212
SSU

 

No comments: